Monday, September 3, 2018

PULAU RAWA, JOHOR









PULAU RAWA, JOHOR









RAWA ISLAND RESORT


ALANG RAWA RESORT




PENGENALAN

Pulau Rawa merupakan salah satu dari gugusan pulau yang indah di Laut China Selatan di pesisiran laut JohorMalaysia. Pulau Rawa yang bersaiz kecil terletak kira-kira 16 kilometer diluar pesisiran laut Johor dan ianya terletak berhampiran dengan beberapa pulau lain iaitu Pulau BesarPulau Sibu dan Pulau Tinggi.
Pulau Rawa,Johor persis Kepulauan Maldives kerana pulau ini ibarat sebuah pulau mutiara yang tersimpan rapi tidak dinodai oleh arus pemodenan. Ramai yang tidak mengetahui kewujudan pulau rawa yang terletak di Johor ini.
Pulau Rawa mempunyai pantai berpasir putih yang bersih. Air yang jernih mengelilingi kesemua pantai di pulau-pulau tersebut. Ini antara lain disebabkan ia menghadap kelaut lepas, menjadikan pantainya dilanda ombak yang menarik lumpur dari pasir pantainya.
Pulau Rawa yang dimiliki oleh keluarga Sultan Johor ini mempunyai dua buah resort peranginan yang mampu menyediakan fasiliti penginapan kepada pengunjung iaitu Rawa Island Resort dan resort yang lebih kecil Alang’s Rawa.
Pengunjung yang mahu menuju ke Pulau Rawa haruslah menaiki perkhidmatan bot laju dari jeti Mersing sebelum sampai ke pulau.



AKTIVITI-AKTIVITI MENARIK YANG DAPAT DILAKUKAN DI PULAU RAWA


1.  Snorkeling
  • Alami sendiri pemandangan dalam air dengan melihat batu karang (coral) dan ikan-ikan yang cantik berenang di persisir pantai



     2.   Hiking
  • Jika ingin mencuba sesuatu yang unik ada di Pulau Rawa Mersing, apa kata cabar diri untuk panjat beberapa anak tangga untuk sampai ke puncak Pulau Rawa. Pemandangan menarik, lebih-lebih lagi bila tiba waktu matahari terbit di waktu pagi. Untuk ke puncak bukit ini, tidak lah susah, hanya beberapa minit sahaja pendakian.




3.  Water Slides
  • Boleh bermain mengikut masa yang telah ditetapkan dan bagi sesiapa yang datang mengunjung ke Pulau Rawa





4.  Scuba Diving
  • Untuk melihat sendiri keindahan di dasar laut anda boleh mencuba aktiviti selam scuba. Pastikan anda mempunyai lesen scuba untuk memudahkan urusan pendaftaran.





5.  Berkayak
  • Anda boleh cuba untuk berkayak di sekitar pantai sambil melihat pemandangan pulau, air laut dan juga ikan-ikan yang jinak.





6.  Island Hoping
  • Boleh memerhati kawasan sekitar pulau tersebut dan juga melihat keindahan pulau tersebut.






HARGA KEMASUKAN KE PULAU RAWA




HARGA KEMASUKAN BAGI AKTIVITI DI PULAU RAWA









PULAU RAWA, JOHOR

PULAU RAWA, JOHOR RAWA ISLAND RESORT ALANG RAWA RESORT PENGENALAN Pulau Ra...